EAST MALAYSIA PRICE REFERENCE · MYR
Proton Loan Calculator Malaysia & Sarawak
Nak tahu monthly Proton berapa? Kira anggaran untuk Saga, S70, X50, X70 dan X90 menggunakan harga OTR East Malaysia, Customer Deposit, insurance serta rebate pilihan. Tool ini membantu perancangan bajet pembeli di Kuching dan seluruh Sarawak; harga bukan rujukan Peninsular Malaysia.
Disediakan oleh Liew Kong Chiew (Chiew), Proton Sales Advisor berpusat di Proton Melinau, Kuching, Sarawak. Ini ialah website peribadi penasihat jualan, bukan calculator rasmi Proton atau tawaran pinjaman bank.
Kira anggaran bayaran bulanan
Pilih model dan variant apabila borang siap dimuatkan. Harga OTR, insurance, deposit, rebate, interest rate dan tempoh menentukan anggaran. Jika JavaScript tidak tersedia, panduan di bawah masih boleh dibaca dan Chiew boleh membantu menyediakan quotation.
Hubungi Chiew untuk quotationCara guna Proton Loan Calculator
- Pilih model dan variant. Harga OTR East Malaysia tidak termasuk insurance; anggaran insurance dipaparkan berasingan.
- Pilih Full Loan / 0%, 10% atau Customer Deposit sendiri. Pilihan 10% menggunakan harga kereta tanpa insurance.
- Tandakan Promotion Rebate dan Trade-In Rebate hanya jika mahu memasukkannya dalam anggaran. Kedua-duanya tidak dipilih secara default. S70 memerlukan pilihan kereta trade-in Proton atau Non-Proton.
- Semak insurance, interest rate dan tempoh 5, 7 atau 9 tahun. Default ialah 9 tahun dengan insurance; kadar boleh diubah. Tukar variant akan memulihkan kadar rujukannya dan mengosongkan pilihan rebate.
- Bandingkan Estimated Loan Amount dan monthly, kemudian gunakan WhatsApp untuk semakan quotation sebenar.
Anggaran sahaja. Tertakluk kepada promosi dan kelulusan bank. Insurance tertakluk kepada penilaian insurer; jumlah akhir, kelayakan dan syarat pembiayaan perlu disahkan.
Bandingkan model dan harga Proton Sarawak
Semak versi, kelengkapan dan harga East Malaysia sebelum membandingkan monthly. Harga dealer dan monthly rujukan pada Price List tidak semestinya sama dengan anggaran selepas pilihan rebate.
- Proton Saga Kuching — Standard, Executive dan Premium; pilihan 4AT atau CVT.
- Proton S70 Kuching — Lite dan Prime NA, serta Premium, Flagship dan Flagship X turbo.
- Proton X50 Kuching — Executive, Premium dan Flagship.
- Proton X70 Kuching — Executive dan Premium.
- Proton X90 Kuching — Lite, Prime dan Prime X; pilihan tujuh atau enam tempat duduk.
Soalan lazim tentang loan Proton
Adakah harga ini untuk seluruh Malaysia?
Tool ini menggunakan harga rujukan East Malaysia untuk pembeli Sarawak. Ia bukan senarai harga Peninsular Malaysia. Sahkan quotation mengikut lokasi, variant dan pendaftaran anda dengan Chiew.
Kenapa insurance boleh ditanda atau dibuang?
Apabila ditanda, anggaran insurance ditambah pada pembiayaan. Apabila dibuang, ia tidak dibiayai dalam kiraan monthly ini; ini tidak bermaksud insurance percuma atau tidak diperlukan. Premium sebenar perlu disahkan dengan insurer.
Adakah Trade-In Rebate sama dengan nilai kereta lama?
Tidak. Trade-In Rebate ialah bonus promosi rujukan yang berasingan daripada penilaian kereta lama dan baki pinjamannya. Minta penilaian serta quotation sebelum menentukan jumlah deposit sebenar.
Bagaimana jika data promosi tidak dapat dimuatkan?
Kiraan asas masih boleh digunakan tanpa rebate. Pilihan rebate yang tidak tersedia tidak dimasukkan; semak dengan Chiew sebelum membuat keputusan dan muat semula untuk mendapatkan konfigurasi terkini.
Gaji saya cukup untuk apply Full Loan?
WhatsApp Chiew untuk semak pilihan Full Loan berdasarkan gaji, komitmen dan dokumen anda. Kelulusan tertakluk kepada penilaian pihak bank.
Bolehkah monthly ini terus dianggap quotation bank?
Tidak. Kadar rujukan boleh anda ubah untuk perbandingan, tetapi bank menentukan tawaran dan kelulusan sebenar. Semak kadar, tempoh, insurance serta promosi yang layak sebelum menandatangani pembiayaan.
Nak semak quotation atau test drive?
Chiew di Proton Melinau, Kuching membantu pembeli seluruh Sarawak. Kongsi model pilihan dan minta semakan dokumen, promosi atau slot test drive. WhatsApp / Call Chiew: 016-576 6010.